Friday, December 17, 2010

Entah apa di fikiran....

Today, 18th Dec 2010, perjalanan hidup diteruskan. Bangun diawal pagi menyediakan breakfast for abah yg telah seminggu berada di KL. Hari2 biasa agak sukar untuk menyediakan apa2 kerana aku bekerja so ari ini aku pelawa abah dtg ke rumah bersama-sama adik2 yang lain. Selesai semua dan tetamu sudah beransur pulang lebih kurang pukul 12 tengahari.

Berehat seketika membaca akhbar. Aku meneliti Harian Metro. Tajuk depan agak mendebarkan dan aku terasa sungguh tersentuh. Apa la dosa remaja ini diperlakukan sedemikian....."cemburu berdarah....remaja hamil ditikam 19 kali, simbah asid"....Semua berlaku dek gara2 perasaan jeles sang lelaki kerana tiada layanan oleh sang gadis.  Ibu remaja ini menoreh di belakang rumah. Entah apa di fikiran si ibu...terkejut, sedih, kecewa yang pasti semuanye perasaan itu bersatu.

Aku berfikir sejenak....aku mempunyai anak lelaki dan perempuan. Sebagai ibu bapa kita hanya ingin yang terbaik..namun jika sebaliknye....fikiran itu hanya terhenti di situ. Takut untuk berfikir jauh...yang pasti YANG TERBAIK AMONG TERBAIK yang akan kita lakukan untuk anak2 kta. Sanggup berkorban apa saja....walau nyawa tergadai.

Thursday, December 16, 2010


PERJALANAN BARU BERMULA..........
LANGKAH DEMI LANGKAH........
MOGA BERJAYA