Monday, May 30, 2011

Menghitung hari...

Hai..hai...hai..
Lama sudah menyepi, entah apa mimpi malam nie tergerak aku nk update dlm blog nie.

Today, as usual, a lot of work at ofis, stay until 8pm...so tired. Luckily i have good friend, Sue Lynn, yg banyak membantu. Without her, tak tau la apa nk kata.....dateline for this project is 1 June 2011. Will continue LIVE TEST....dh lupa tarikhnye...kena check dairi balik. Buat apa yang termampu.

Kandunganku dh 7 bulan.  Kehamilan kali ini agak memenatkan kerana faktor umur kot.....dan nie anak yang ke-4. Namun, aku tetap gagahkan jugak buat itu ini....namun today cuti sekolah so aktiviti agak berkurangan la sikit...iaitu iron baju sekolah.....but lunch meal still have to prepare for my sons, Adam & Naufal.

Aku asyik menghitung hari....hari2 dok tengok kalendar...bila la nk bersalin...hehehe...rasa cam tak sabar je. Namun, preparation untuk menyambut baby baru not completing 100% coz dah lama sangat dh aku bersara, Yiin anak yg ke-3 aku now 7 years old...rasa takut, tak sabar semuanye bercampur .....kekadang aku sendiri tak memahami perasaan aku sendiri.  Aku bermohon padamu Ya Allah, semoga Engkau mempermudahkan semuaNya...aku berserah pada-Mu...Amin.

Aku dijangka bersalin pada bulan posa....raya time.....mmg cukup mencabar buat aku. Aku bukan hanya perlu prepare keperluan 'orang baru' malah kesemua kelengkapan raya untuk My hubby, anak2ku Adam, Naufal dan Yiin malah untuk rumah jugak.  Rasa2 semua ibu akan berperasaan sepertiku.  Since last month, every week aku pasti ke shopping mall mencari segala keperluan. Aku agak cerewet so agak rumit untuk menyediakan semuanya sekelip mata.

Yang penting semuanya tersedia.....

Monday, January 3, 2011

My 1st Day

Today 3/1/2011, new beginning for my girl, Nurish Eiliyiin. Dunia baru.......segala-galanye baru. Terbit penuh keceriaan di wajah. Perwatakan amat berlainan ngan abang2nya. Yiin @ baby (pangilan manja untuknya) begitu teruja untuk ke sekolah. Aku berdebar2  kerana my girl ari ini melangkah ke dunia yang benar2 berlainan ngan tadika sebelumnya.

Selepas solat subuh, prepare breakfast for my kids. Masing-masing membawa bekal. Air laici untuk abangnye, Adam, air ribena untuk abang ke2, naufal dan hanya air masak permintaan dari my girl. Dan ari ini aku hanya bekalkan nugget je coz aku masih belum mampu untuk menyediakan masakan lain kerana aku mengalami alahan yang agak 'berat' kali nie.

Yiin, she very simple dan membesarkan yiin memang bukan masalah untuk aku. Dia tidak seperti anak2 yang lain, tidak suka merengek, amat memahami, manja dan tidak suka pada mainan only books. Dunia dia di rumah hanya books and computer. Kekadang aku membeli patung2 mainan....tp kecenderungan dia ke arah itu agak berkurangan walaupun dia suka.

Friday, December 17, 2010

Entah apa di fikiran....

Today, 18th Dec 2010, perjalanan hidup diteruskan. Bangun diawal pagi menyediakan breakfast for abah yg telah seminggu berada di KL. Hari2 biasa agak sukar untuk menyediakan apa2 kerana aku bekerja so ari ini aku pelawa abah dtg ke rumah bersama-sama adik2 yang lain. Selesai semua dan tetamu sudah beransur pulang lebih kurang pukul 12 tengahari.

Berehat seketika membaca akhbar. Aku meneliti Harian Metro. Tajuk depan agak mendebarkan dan aku terasa sungguh tersentuh. Apa la dosa remaja ini diperlakukan sedemikian....."cemburu berdarah....remaja hamil ditikam 19 kali, simbah asid"....Semua berlaku dek gara2 perasaan jeles sang lelaki kerana tiada layanan oleh sang gadis.  Ibu remaja ini menoreh di belakang rumah. Entah apa di fikiran si ibu...terkejut, sedih, kecewa yang pasti semuanye perasaan itu bersatu.

Aku berfikir sejenak....aku mempunyai anak lelaki dan perempuan. Sebagai ibu bapa kita hanya ingin yang terbaik..namun jika sebaliknye....fikiran itu hanya terhenti di situ. Takut untuk berfikir jauh...yang pasti YANG TERBAIK AMONG TERBAIK yang akan kita lakukan untuk anak2 kta. Sanggup berkorban apa saja....walau nyawa tergadai.

Thursday, December 16, 2010


PERJALANAN BARU BERMULA..........
LANGKAH DEMI LANGKAH........
MOGA BERJAYA